Saturday, May 18, 2013

| Busuk hati | dengki | fitnah memfitnah | lembu cucuk hidung |

salam readers yang kacak, cantik molek dan sebagainya.tibe-tibe nak update post yang rasanya semua dah tahu berdasarkan title aku yang agak panjang macam soalan esei tu. hiks~ membebel plak  agak2, apa yang aku nak cakap berdasarkan title post aku tu? korang baca je lah ek. tapi amaran keras... diharap tak de sape yang terasa dengan post kali ni. :)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
aku tk thu macam mana nak cakap, tapi berdasarkan pengalaman yang selama sehari tu, mcm2 aku belajar dan macam2 benda yang aku tk thu , aku jadik tahu . haha . pernah dengar tak busuk hati ?

Ada orang cakap, “Bau busuk bangkai binatang kita boleh hidu, bau busuk hati manusia, susah kita nak hidu.” dari penyataan tersebut boleh kita simpulkan, untuk mengenal manusia berhati busuk adalah amat sukar, namun dengan pengalaman hidup, ianya tidak mustahil.

jadik boleh simpulkan tak orang busuk hati ni macam mana? maafkan aku . tapi sesungguhnya memang jelas dan nyata budak rumah aku yang konon nampak baik tapi sebenarnya ? ada udang di sebalik sos . bukan aku nak bukak aib orang , sama sekali tidak , tetapi bila memikirkan rancangan busuk yang dia buat , harus ke aku dengan budak bilik aku nak berdiam diri ? okey aku nak tanya , kau dapat apa kau busuk hati dengan orang ? mungkin orang akan banyak sokong kau tapi trust me , tak semua orang yang sokong kau tu suka dengan kau and never and never mereka akan tetap dibelakang kau . silap2 dorang sama busuk macam kau . sorry to say ! bukan nak cakap apalah , aku respect semua budak rumah aku kot . bergurau setakat gitu2 je , tapi yang aku tk boleh terima , macam mana hati dorang tu nak menilai orang . yep , serius , aku langsung tk kenal dorang , kenal dalam sem ni lah , tapi tk thu plak , disebalik putih , terdapat plak tompok2 hitam . hahaha .

bukan nak cakap aku ni baik nauzubillah , tapi tahu tk orang akan judge kita macam mana ? kau guna orang tengah , kau mempergunakan orang dengan niat busuk kau tu , apa ni , apa ni ? macam tu kau cakap kau guna cara matang . macam tu ke kau nak cakap kau tu dah dewasa dan macam tu ke cara kau nak suruh aku pergi dekat kau untuk mintk maaf sebab aku lagi kecik daripada kau ? kau belajar mana ? hadis mana kau ikut ? setakat tua stahun jagung dari aku , sikit pun aku tk heran . aku kurang ajar ? go on . 

BILA BILA MASA JE AKU BOLEH HARAMKAN APA YANG KAU MAKAN , ya allah , kau sape nak tentukan halal haram ? kau sape nak menghukum manusia dan kau sape nak cakap kau tu dh terlalu besar ? e yerks , makan minum pun mak ayah tanggung berlagak giler kau eh . kau rasa , dengan keje part time kau memfitnah orang tu , kau dh cukup bahagia ke . dapat duit berjuta ke macai ? *nampak tk aku bengang* kau meh sini , biar aku ajar kau ape itu fitnah ? kau tahu tk fitnah tu apa ? nanti aku gtau eh . haha .  yang aku tak tahan si lembu cucuk hidung tu . tak guna belajar tinggi2 tapi macam lembu kena cucuk hidung . lebih baik kau bagi note 1 tu dekat mak ayah kau ke , adik kau ,, sampai orng salah tafsir hubungan bongok korang tu . got it ? haha .

so kepada akk2 yang bajet akk sangat tu . bukak lah mata eh . jangan jadik BUSUK HATI , DENGKI MENDENGKI , FITNAH MEMFITNAH , DAN YANG MACAM LEMBU CUCUK HIDUNG TU . JANGAN INGAT AWAK TU HEBAT SANGAT , JANGAN INGAT ORANG SENTIASA NAK MENJUNGJUNG AWAK . KAT LUAR TU NTH BERAPA RAMAI LAGI NTH YANG TAK SUKA DENGAN AWAK . INGATLAH KAK OI . TK MENJAMIN KEBAHAGIAAN PUN KALAU ADA SIFAT-SIFAT YANG MACAM NI. :)

Satu sikap yang merosakkan sesuatu kebahagiaan umat Islam ialah 'suka membawa mulut', mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah melaga-lagakan orang sehingga kisah yang pendek menjadi panjang. Ia juga disebut menabur FITNAH iaitu menceritakan keburukan orang kepada individu tertentu dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.

aku mintak maaf jika ada yang terasa , tapi ingat kan diri sendiri , tk semua orang kita boleh percaya . biarlah kawan dengan orang bodoh , orang gila , sebab diorang lagi tahu menghargai sebuah hubungan tu macam mana . sebagai manusia , kita mesti nak hidup kita sentiasa elok dan tiada masalah apa2 . so , try to move on . and ignore je lah perangai bebudk mcm tu . BITCH ! 

*cun kan ? :)*


Sunday, March 31, 2013

| Hanya Luahan |

assalamualaikum...
oh blog kesyanganku , dh lama tk cuci2 kan dia . muehehe . pagi ni tibe2 ada mood untuk menghilangkan habuk2 di dalam blog gua ni . muehehe .

alhamdullilah . bersyukur ke hadrat illahi . diberi kesempatan untuk menghirup segala nikmat dan menghayati segala keindahannya . >.< biasalah malam2 macam ni tak dapat nak lelap mata . lebih2 lagi tiba2 hati macam semacam je malam ni , pasai pa aku pun tak tahu haih .

dalam hidup ni , tipu lah kita tak nak gembira , ketawa sampai pecah perut , sampai tk nampak orang dah kalau gelak , haha , but now , i must to move on . now , life aku senang . makan tidur , sembahyang , kelas , tk de masa untuk keluar . terperap dalam rumah , kawan2 ? masing2 dh bahagia dengan life masing2 . tkkan aku nak kacau . aku sorang je yang sesorang . muehehe . tapi tkpe . i have my family , my siblings , n kawan2 biarpun diorang tk pernah faham apa yang aku lalui sebenarnya....................

tipu lah aku tk cemburu . tengok orang ada yang sayang . sentiasa spent time together , update status mcm ni , mcm tu , mungkin mereka dah jumpa kebahagiaan mereka sendiri . aku tk kisah kalau tk de boyfriend tapi as a human , tipu if aku tk de perasaan untuk disayangi dan menyanyangi . kalau boleh , aku nak berlari , berlari dan terus berlari . tinggalkan duka , tinggalkan sedih , aku nak berlari sambil gembira , berlari bergelak ketawa ,, berlari meninggalkan kenangan duka yang merobek segala hati aku , segala jiwa dan hidup aku .

aku carik mana kekuatan . ye , menghadap ILAHI satu2nya jalan terbaik. sentiasa titipkan doa , untuk mak ayah , bakal imam aku , dan orang di sekeliling aku . sungguh hati aku merindui segalanya .. kenangan yang lalu biarlah ia berlalu . sebab aku ingin mensolehkan diri ku , menjadi wanita mengikut syariat islam biarpun aku berubah sedikit demi sedikit .

biarlh hati ni kosong , biarlah hati ni tiada isi . biarlah hati ini dikunci . aku rela . biarlah ia bersedih , asalkan aku ada menemaninya , aku sentiasa ada untuk hati aku biarpun kami berduka . aku mengharapkan kegembiraan akan sudi menemani kesedihan hati ku . aku menunggu , dn terus menunggu untuk kegembiraan itu ...

cinta itu anugerah , cinta itu fitrah ,
menangis kerana cinta manusia ,
seperti memperbodohkan diri sendiri ,
biarkan aku merasa cinta ini untuk yang halal bagi ku ,
untuk bakal imam ku ,

perkara yang menyakitkan apabila orang yang kita cintai , mencintai orang lain ~

aku mencari segenap ruang , untuk diri ku , untuk mencari redhai illahi , untuk aku teruskan hidup biarpun mati semakin menghampiri .

salam sayang ,
taty rosley .
:')

Sunday, March 10, 2013

| Tulang empat kerat |

Assalamualaikum . .
aku lihat seorang tua , memegang penyapu beserta penyodok . menyapu , membersih , terlihat kedut2 di tangan tuanya , terlihat air muka yang jernih , begitu dia khusyuk melakukan kerjanya . ingin ku tegur , ingin ku bertanya , tidak penatkah pakcik hari2 bekerja ? sepatutnya pakcik duduk rumah berehat . sayup aku memandangnya , pakcik itu bertanya , baru sampai ke ? aku hanya mengangguk sepi . sungguh kau seorang yang kuat pakcik . ku lihat , dia penuh gagah mengutip sampah , membersihkan kelas setiap kelas , hati aku menjadi sayup , oh tuhan . tibatiba aku teringatkan mak dengan ayah , hati ku bertambah2 sayup lagi .

bila aku lihat warga-warga emas membanting tulang empat kerat , menyapu , mengutip sampah , basuh toilet , secara jujurnya hati aku menjadi sayu , hati aku menjadi sedih , kemana anak mereka ? mengapa pilih kerja seperti ini . sepatutnya mereka menghabiskan masa di rumah bersama-sama cucu dan anak-anak . oh warga emas , oh warga tua , suatu hari nanti aku juga akan alami hari tua ku , aku akan alami menjadi seorang isteri , ibu , jika allah izinkan . :')

wajah keruh mereka , menggambarkan betapa mereka penat dengan duniawi . kadang-kadang ada yang mengeluh , kadang-kadang ada yang tertahan . tapi demi apa pun , mereka sanggup meneruskan kehidupan biarpun jalan yang akan mereka lalui itu berliku . wajah-wajah tua mereka harus ditatap , harus difahami suatu hari nanti wajah kita juga akan kerut menjadi tua , jadik tk usah bangga dengan kecantikan yang ada sekarang . cukuplah mensyukuri nikmat allah . <3

mencari sesuap nasi untuk anak-anak , mencari kudrat sedaya upaya untuk anak-anak , mengutip botol , mengutip tin , demi sesuap nasi untuk anak . segala apa yang di mahu , dituruti , tidak ada bantahan daripada mulut ibu ayah . ibu memberi ayah membeli anak merasa . sungguh tinggi kecekalan hati untuk meneruskan hidup . melihat wajah-wajah kebanggaan , melihat wajah-wajah yang penuh pengharapan untuk masa depan . apa pun yang dilaluinya , anak-anak juga akan diutamakan .

bekerjaya , berduit , segala diperoleh . kesibukan duniawi sehinggakan untuk bekalan akhirat di sana dilupakan , lalu dihantarnya ibu ayah ke rumah orang tua , tanpa belas kasihan , dibiarkan mereka di rumah orang tua itu . ibu ayah memandang sepi , anak yang diharap , pergi begitu sahaja .

duhai anak ,
ibu mu seorang wanita yang kuat , merasa kesakitan tika melahirkan mu , merasa sakit perit tika mengeluarkan mu . ibu mu menangis , meraung . duhai anak ibu , keluarlah sayang . ibu mu gembira , menangis bila mendengar suara mu , mendengar tangisan mu . tika itu ibu mu membisik , jadi lah anak yang soleh dan solehah ye anak ku . dia merenung wajah kecik yang dia lahirkan , ya allah hebatnya pengorbanan mu ibu .

duhai anak ,
ayah mu lah yang mengazankan mu , ayah mu lah yang memberi segalanya untuk mu , ayah mu itu lah yang mengikut segala kehendak mu , tidak sedarkah kau , ayah mu itulah yang memberi segala keperluan untuk mu , ayah mu yang memberi permainan , baju dan sebagainya untuk mu duhai anak .. mengapa kau pergi tinggalkan mereka .

doa ibu dan ayah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak . doa ibu itu mustajab . ibu menangis tk sudah , ayah hanya diam seribu bahasa .. habis kasih diberi kepada anak , kalau ini yang didapat , mengapa dia tidak pergi meninggalkan sahaj dunia ini .

aku sebagai anak , setiap kali sembahyang , aku mohon pada allah , kasihkan kepada dua ibu bapa ku seperti mana mereka kasihkan aku sewaktu kecil , aku mohon allah tempatkan mereka di kalangan orang yang beriman dan aku mohon pada allah supaya beri aku kesempatan untuk aku memberi kan kebahagiaan kepada mereka berdua sebelum ajal menjemput di antara kami . ku titipkan supaya doaku itu dimakbulkan allah .

untuk bakal imam ku , kau yang akan aku pilih bila tiba masanya . kau yang akan aku harapkan untuk mengajar anak-anak ku supaya menghormati kita nanti . aku harap , kau imam yang bakal mengajar makmum-makmumnya menuju jalan allah . :')

ya allah , jika benar dia jodoh ku , kau dekatkan hati ku dan dia , dan jika benar dia bukan jodohku , jangan kau berikan dia jodoh melainkan jodohnya aku . amin ya rabbal alamin .

mak ayah , orang rinduuuu . :')


*gambar hiasan*

Saturday, March 2, 2013

| Rela | Pasrah | Takdir |

Assalamualaikum . semoga semua sihat sejahtera . alhamdullilah , masih diberi kesempatan untuk mengupdate belog yang dah berhabuk ni . hehe . semua sihat ? hmm , hmm , motif hmm banyak-banyak. 

sekarang aku dah single . alhamdullilah , aku boleh teruskan hidup macam biasa . even orang tk thu kenapa aku putus . ada tanya , kenapa putus , tk kesian ke dekat dia ? kadang-kadang aku pikir , memang aku kesian dekat dia tapi orang tk thu situasi aku , orang tk thu apa aku alami dan orang tk thu sakit sepanjang aku bersama dengan dia . sungguh , aku dengan redha relakan dia pergi . 

bukan aku cakap aku nak terbaik dalam hidup . tak . cukuplah lelaki itu seorang yang mampu membimbing aku , menikahi ku atas keagamaan . aku tk cakap aku seorang yang baik , kadang-kadang aku tk jaga batas , solat aku sedangkan semua tahu solat tu perkara pertama yang allah hisab nanti di hari perhitungan . aku sedar , banyak kesilapan aku dalam hidup tapi sebagai manusia , aku juga ingin dikasihi dan disayangi . 

sungguh aku tk kuat bila aku dah putus dengan dia tetapi alhamdullilah , dengan kawan-kawan disekeliling yang tk putus2 bagi semangat , kawan-kawan yang selalu bergelak sampai pecah perut , parents aku biarpun kengkadang mak tanya aku pasal dia , aku cuma mampu jawab , mungkin bukan jodoh . betul . allah sendiri dh tetapkan takdir kita sendiri . aku ikut takdir hidup aku je . biarpun aku bukan seorang yang kuat .

setiap kali aku sembahyang setiap itu aku berdoa , mohon allah beri aku petunjuk , aku pun tk nak serabut pikir pasal benda ni . malah menganggu tugas harian aku . tapi lama-lama aku tahu aku boleh lupakan dia . aku bangun sendiri , aku bangkit sendiri , biarpun orang tk thu betapa aku sebaknya bila orang ungkit pasal dia . semua ada pasrah , rela , semua ada . tuhan je tahu apa perasaan aku sebenarnya . memang aku tk kuat sekarang . 

sentiasa aku doakan yang terbaik buat dia biarpun banyak citer yang aku dengar . sentiasa aku mendoakan semoga dia bertemu dengan orang yang betul2 inginkan dia dan orang yang betul2 boleh menghargainya . in shaa allah . kadang-kadang aku tanya diri aku sendiri , apa silap aku , mungkin allah berikan aku petunjuk suruh lepaskan dia dan alhamdullilah , aku boleh bangkit sedikit demi sedikit . selain itu  dengan jadual kelas yang pack , yang tk tertanggung penatnya , aku teruskan jugak dn sedikit demi sedikit dapat aku melupakan . alhamdullilah . lagipun , aku sedang berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik . in shaa allah . :')

aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka yang berada disekeliling aku . in shaa allah . sesungguhnya yang baik itu datang dari allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri aku sendiri . 

salam sayang ,
taty rosley . 

Friday, February 22, 2013

| Kehidupan |

assalamualaikum <3 
semoga sihat semua . dah lama tak berjumpa setelah sekian lamanya . masalahnya , lama ke ? haha . alhamdullilah syukur sebab masih diberi peluang untuk menaip segala apa yang terkandung di hati di fikiran . hehe . sungguh terlalu banyak benda yang ingin dikongsi sehingga aku sendiri tk mampu untuk menampungnya ! hehe , 

hari tu , 19 haribulan , dengan kuasa tuhan , aku tk pernah pikir pun aku dapat tapi alhamdullilah , aku dapat BR1M iaitu bantuan rakyat satu malaysia yang bernilai RM500 . hehe . aku ingat aku dapat 250 untuk remaja tapi aku dapat 500 untuk orang tua . haha . yelah , aku kan baru 20 tahun , 500 untuk orang yang 21 tahun ke atas . hehe . rezeki orang kata . masa tu rasa mcm nak sujud syukur . sebab aku tak pernah kisah if aku dapat ke tak BR1M tu . hehe . sebenarnya aku tak kisah pun dapat ke tk , saja try nasib . oh ye , sekarang aku dah ada kad siswa . akan menyusul baucer . hehe . lambat kan kitorang dapat tapi sape lah pulak nak kisahkannyaaa . hahaha . 

apa khabar agaknya lelaki yang pernah bertakhta di hati dulu . sunyi bila dia tiada tapi dia yang paksa untuk aku pilih jalan putuskan hubungan . dia yang paksa untuk aku lupakan dia . mula memang tk boleh , sungguh aku rindukan dia saat2 mcm ni , tapi apa daya aku , aku hanya mampu berdoa semoga allah berikan jodoh yang terbaik untuk aku untuk masa depan nanti . sungguh aku rindukan lelaki itu tapi biarla aku sampaikan rinduku itu dalam doa . (jiwaangg nakk mampuihhhh) . 

dan aku merindui mak aku yang jauh di mata dekat di hati . berserta dengan buah hati kesayangan aku , batrisha hannah yang comel2 mcm aku . haha . rindu haih nk dengar dia nangis melalak apa semua . tk sabar nak tunggu dia besar . dia dlm proses nk meniarap . hari tu , dia cuba nak meniarapp tapiii sebab bontot dia berat dengan pampers , dia bengang sebab dia tk boleh meniarap . haha . haduinyaa pun kauu dikk oi . rindunya kat dia . hanya tuhan je tahu . huhu . 

tipu lah kalau aku cakap bila aku jauh aku tk rindukan dia . sungguh aku merindui . sampaikan satu masa aku menangis sebab tak tertanggung rindu aku dekat dia . tapi nak buat mcm mana . jodoh kami dh tibe masa . takpelah , aku redha apa yang jadik . mungkin ada hikmah disebalik semua ni . syukur . tuhan berikan aku kekuatan untuk aku melupakan lelaki yang pernah mengisi kekosongan hati suatu ketika dulu . :)

aku berusaha untuk menjadi seorang yang baik dari syariat islam . aku berusaha untuk menjaga batas aku biar pun kadang-kadang aku tk sedar . aku cuba menjaga segala-galanya biarpun terlalu banyak dosa yang aku lakukan . aku cuba mendekatkan diri aku dengan allah . aku cuba untuk menjadi sebaik-baiknya . segalanya aku sedang cuba . biarlha orang nak judge aku macam mana pun , aku still manusia dan diorang pun manusia macam aku . jadik aku sentiasa mendoakan orang di sekeliling aku berada di bawah lindunganNYA . (nak nangis rasa) ingin aku berubah menjadi orang yang disengani . menjadi umat mulia di sisi allah biarpun aku terkadang melakukan dosa . orang tak faham apa aku alami dan orang tkkan faham apa yang sebenarnya aku inginkan . ya allah , aku terlalu merindukanmu allah . 

alhamdullilah , kehidupan aku mcm biasa lah . belajar , belajar dan belajar . hehe . lepas tu rasa mcm seronok gila . tk thu lah pasai pa . hehe . tapi sekarang sibuk sikit dengan jadual full , esemen yg tk putus2 . sabar je lah . lagi berapa sem je aku kat sini . lepas tu , byeee ! haha . hampeh punya roomate . awal btul diorang tidurrr ! -,-'
dh tk de apa aku nak merepek lagi . masa untuk tidurrr ! bye semua . assalamualaikum . :)

MARI DOA :

"YA ALLAH YA TUHANKU , ENGKAULAH YANG MAHA PENYAYANG LAGI MAHA PENGAMPUN . AKU BERLINDUNG DI BAWAH MU YA ALLAH . KAU AMPUNI SEGALA DOSA KU , DOSA KEDUA IBU BAPA KU , DOSA ADIK BERADIK KU , DOSA SAUDARA DARAH SEDAGING KU , DOSA GURU-GURU KU , DOSA SAHABAT-SAHABAT KU , DOSA SAUDARA SEISLAM KU DAN DOSA-DOSA MEREKA YANG BERJUANG UNTUK AGAMAMU . YA ALLAH , KAU KASIHANI KEDUA IBU BAPA KU SEPERTI MANA MEREKA MENGASIHANI KU , KAU TUNJUKKAN MEREKA KE JALAN YANG KAU REDHAI , DAN KAU TEMPATKAN MEREKA DI KALANGAN ORANG YANG BERIMAN . YA RABB , AKU MOHON , KAU TUNJUKKAN AKU JALAN YANG BENAR , KAU IZINKAN AKU MENUJU KE JALAN MU YA ALLAH , KAU PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN KU DAN KAU BERIKANLAH AKU SIHAT TUBUH BADAN . YA RABB , SESUNGGUHNYA KAU MAHA MENGETAHUI SEGALANYA . KAU TEMUKAN AKU DENGAN LELAKI YANG MAMPU MEMBIMBING KU , YANG SENTIASA MENUJU JALAN MU , SESUNGGUHNYA JANJI MU ITU PASTI . DAN AKU MOHON , KAU JAUHKAN AKU DAN MEREKA YANG AKU SAYANGI DARI AZAB MU . SESUNGGUHNYA KAU MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG . "

Sunday, January 20, 2013

Life | laughing | sad | sick

salam readers , semoga semua sihat . :) oh maiiii . letih sangat sekarang ni . nak buat apa2 pun , memerlukan duit , usaha , tawakkal serta ketabahan diri dari segi fizikal dan mental . tapi tkpe lah , demi ilmu , biar pun tk dekan macam yang lain , aku kena jugak kuat untuk hadapinya . remember , we still have god . alhamdullilah . :) setiap manusia kan ada kelebihan dan kelemahan masing-masing . 

eh , lupe something , lupa nak cakap , bismillah , hehehe . :) nak bagitahu , sekarang ni , lokasi aku di libry unisel bestari jaya yang panas dan tidak mempunyai sebarang air cond dan ini aku menyebabkan peluh akan keluar meluap-luap dan tak dapat di gambarkan , sama ada peluh ni boleh perah pakai kain atau tak !! lawak ke? sebab hari ni tak tahu nak buat apa . lepas pergi admin , settle jadual , jalan kaki mcm mak joyah pergi lepak lobry untuk online ! semata2 . kalau korang tk caye , try datang libry unisel ni , bebudak bawak laptop je , kalau ada bawak buku pun , aku rasa diorang kena pikir 44 kali 1 malam . haha ! *terlebih sudah*

kesyukuran ke hadrat ILLAHI kerana aku sudh kuat untuk menghadapi hari2 yang mendatang , yang penuh dengan cabaran dan dugaan . bayangkan , nak dapatkan jadual kelas pun sakit nokkk . rabu ni dah start kelas dan harap semua berjalan dengan lancar . vroooommmmmmm . tetibe ada bunyik motor  lupe nak tanya u olls pasal post sebelum ni , apa azam engkorang semua ? heheehe . 

faizal , nama yang tak asing dalam hidup , nama yang tak pernah hilang di hati dan nama yang tak pernah dilupakan untuk disebut oleh keluarga aku . especially my motherr , holla ! jodoh , ajal , maut semua di tangan tuhan . tk thu status relay ni , tapi yang aku tahu , aku tk dapat terima dia mcm dulu . so sorry , banyak perkara yang prlu aku pikir dan banyak hal yang mesti aku lakukan ! jyeahhhh ! eh , makcik unisel dah tukar baju lahhh . (tibe tibe) 

alhamdullilah , mia dah jumpa dengan orang yang betul2 dia nak dari dulu . ekeke . sampai jugak hasrat awak kan budak giler . hope u olsss hepyy forever dan ever . hehehe . aku sentiasa mendoakan kebahagiaan hangpa berdua . ( tu diaaaaa )

sekarang baru rasa hidup kampus tu macam mana . susah tau duduk luar ni . dengan tunggu bas , jalan kaki , oh maiiiii , tapi tkpe lah , seronok . paling2 pun ada kenangan yang boleh dicipta right ! :) huwarghhh , aku lapar sebenarnyaaaa ! :(

hokey , hokey , u ols nak tahu tak , aku baru dapat info yang tak berapa nak best mengatakan ptptn keluar bulan 3 , what the pekkk , dia nak suruh aku makan apa , makan laptop ni ? kepala hooo diaa . tu diaaa , pikir jugak , mana nak carik duit ni . sakit lah gini jang oiiii . huhuhu . jawapnya makan maggi sampai kembang lahhh . ekekeke . 

horait ke bebeh , tk de apa dah nak membebel , setakat ni je mampu . semoga u olss hidup dalam keberkatannya . INSYAALLAH . :)

dalam sayang dari taty comel . :)

Wednesday, January 16, 2013

hye ! :)

salam semua . harap semua sihat lah ek . lama dah tak jejak blog kesayangan saya ni , malahan , dah lama tak update . hehe . skemanya ayat

so , masih tak terlambat lagi untuk aku wish SELAMAT TAHUN BARU untuk korang semua . semoga , hidup kita diberkati di dunia dan di akhirat . Insyaallah . for the first thing aku nak bagitahu , aku dah sem 5 . yiehooo ., tinggal lagi 2 sem okey . tak sabar nak habis , nak tinggalkan unisel ni . nothing special ! but seriusly , rindu kat unisel ni bile time cuti . sebab semua tempat ada kenangan between me and him . :) tapi tkpe . semua tu hanya kenangan . :) 

 mendoakan kebahagiaan seseorang itu amat baik . semoga dia peroleh kemenangan di dunia dan di akhirat . 'YA ALLAH , andai dia bukan jodoh ku , pertemukanlah dia seseorang yang boleh memberi kebahagiaan kepadanya , memberikan senyuman kepadanya , dan jangan pernah ada yang menyakiti hatinya selepas aku . semoga dia di bawah lindungan mu tuhan , semoga apa yang kami lakukan sebelum ni , mendapat keampunan dari mu . sesungguhnya , aku manusia yang lemah , yang kerdil dan hina di sisi mu tuhan . :) '

so , sem ni , di sebabkan unisel akan ada masalah bila tiap2 sem , lebih2 lagi pasal hostel dan sama waktu dengannya , aku duduk di taman ilmu under unisel . hehe . boleh tahan lah rumah dia , best pun best cuma sunyi sikit and nak makan susah . so , the best way , delivery lahhh ~! hohoho .  wifi tk de plak tu . n paling sakit , lap top gua pecah derrr . baru lepas repair dan alhamdullilah , ayah dh g ambik dh pun . total semua kena 370 ringgit malaysia . mahal tk , mahal tk . 

tak tahu nak cakap apa lagi , yang penting semua jaga diri elok2 eh , ingat , dalam hidup , tk semua apa yang kita nak , kita akan dapat . teruskan hidup . ada yang lebih baik menanti . aku thu nama aku dah dituliskan di luf mahfuz (mcm ni kot ejanya) dengan seseorang yang telah allah tetapkan . kadang2 nak hidup mcm dalam citer novel tu , how sweet . :) tapi thu , takkan dpt benda cm tu . hehe . so , to him , kau jaga je lah diri kau bebaik . lupekan je lah aku . bak kata someone , HADIR MU HANYA SEKETIKA . (bajet je) 

salam sayang dari taty comel . bye , nak g makan ! :)